MG Coop Mart Indera Mahkota

MG Coop Mart Indera Mahkota merupakan cawangan pasar raya ke 2 yang dibuka oleh Koperasi Makmur Malaysia Berhad. Pasar raya ini telah dilancar dan mula beroperasi pada 29 April 2021.

MG Coop Mart Indera Mahkota menyediakan perkhidmatan jualan runcit dan jualan borong untuk pelanggan. Selain itu, pasar raya ini turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah (COD) untuk pengguna sekitar pasar raya. Kelebihan membeli di pasar raya ini adalah pelanggan diberi peluang untuk mengumpul mata ganjaran dan menebus barang kemas di cawangan kedai emas Makmur Gold setelah cukup mata ganjarannya