MG Coop Mart Tumpat
MG Coop Mart Tumpat merupakan cawangan pasar raya ke 11 yang dibuka oleh Koperasi Makmur Malaysia Berhad. Pasaraya telah dilancar dan mula beroperasi pada 2 April 2022.
MG Coop Mart Tumpat menyediakan perkhidmatan jualan runcit dan jualan borong untuk pelanggan. Selain itu, pasar raya ini turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah (COD) untuk pengguna sekitar pasar raya. Kelebihan membeli di pasar raya ini adalah pelanggan diberi peluang untuk mengumpul mata ganjaran dan menebus barang kemas di cawangan kedai emas Makmur Gold setelah cukup mata ganjaranny.