Istilah “koperasi” boleh dikaitkan dengan perkataan Inggeris iaitu co-operation, yang bermaksud sifat bekerjasama, tolong-menolong atau saling membantu antara individu. Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota - anggotanya
Koperasi adalah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota - anggotanya melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi. Biasanya koperasi menjalankan aktiviti perniagaan untuk menjana pendapatan tambahan untuk ahli-ahli.
KOPERASI MUAFAKAT MAKMUR BERHAD (KO-MAKMUR) dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan ditubuhkan bagi meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi seperti yang termaktub dalam Undang-undang Kecil koperasi. Secara keseluruhannya KO-MAKMUR merupakan sebuah koperasi yang telah ditubuhkan pada 29 DISEMBER 2017.