Koperasi adalah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan matlamat untuk
meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi. Biasanya koperasi menjalankan aktiviti perniagaan untuk menjana
pendapatan tambahan untuk ahli-ahli. KOPERASI MUAFAKAT MAKMUR BERHAD (KO-MAKMUR) dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan ditubuhkan bagi meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya
mengikut prinsip koperasi seperti yang termaktub dalam Undang-undang Kecil koperasi. Secara keseluruhannya KO-MAKMUR merupakan sebuah koperasi yang telah ditubuhkan pada 29 Disember 2017
Sijil Patuh Syariah
Koperasi Muafakat Makmur Berhad (KO-MAKMUR) akan berintegrasi dengan prinsip dan struktur Shariah untuk memastikan operasi syarikat dan aktiviti perniagaan selaras dengan peraturan tadbir urus
Shariah. Sebagai contoh, seperti 'Sistem Penapisan Halal' akan dilaksanakan secara khusus untuk affiliate dan peniaga yang beragama Islam mengikut sistem Shariah. Ini adalah manfaat yang besar kepada
syarikat, industri dan kepada orang awam kerana ia menunjukkan keyakinan dan dedikasi kami pada
negara.