MG Coop Mart Indera Sempurna
MG Coop Mart Indera Sempurna merupakan cawangan pasar raya yang pertama dibuka oleh Koperasi Makmur Malaysia Berhad dalam percubaan mengembangkan perniagaannya dalam bidang peruncitan. Pasar raya ini telah dilancar dan mula beroperasi pada 27 Julai 2020.
MG Coop Mart Indera Sempurna menyediakan perkhidmatan jualan runcit dan jualan borong untuk pelanggan. Selain itu, pasar raya ini turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah (COD) untuk pengguna sekitar pasar raya. Kelebihan membeli di pasar raya ini adalah pelanggan diberi peluang untuk mengumpul mata ganjaran dan menebus barang kemas di cawangan kedai emas Makmur Gold setelah cukup mata ganjarannya.